Sep 30, 2016

Doa

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cintamu padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.

Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai dia dalam diam,
Dari kejauhan dengan kesederhanaan & keikhlasan

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Sep 28, 2016

Long time no see

Assalamualaikum

Lamanya tidak berkunjung ke blog ni.
Bukan apa, biasalah suda meningkat usia ni,
semua la di lupa.
Password dilupa, URL pun di lupa.
ni pun nasib nasib dapat log in.
setelah hampir fedup beberapa kali.

Actually aku ada blog baru.
Aku buat awal tahun ni, kira baru jugak la kan.
Blog tu macam private diary. Diary online.
Tapi segan pula mau share, biarlah ia terus menjadi rahsia
dan biarlah aku berkarya secara senyap disana.

Yang blog ni, biarlah ia terus wujud dan menjadi tempat
bersemadi segala kenangan kenangan yang lalu.
Kalau ada masa, aku jenguk juga, kesian dia sendiri sendiri.

Ok la. Salam



Oct 25, 2013

Motivasi Pagi Untuk Seorang Pelajar :)



Assalamualaikum....

 Hah, baca ni :


10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya


1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

C&P 


Oct 8, 2013

HIKMAH DISEBALIK SESUATU


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan? aku yakin, ALLAH buat sesuatu, ALLAH jadikan sesuatu dan ALLAH tunjukkan sesuatu pasti akan ada kebaikan disebaliknya..bila ALLAH bagi ujian pada kita, kadang2 kita rasa macam dunia ni tak adil..kenapa masalah tu kena pada kita dan bukan pada orang lain..tapi sedarkah kita bahawa masih ramai lagi yang berdepan dengan ujian yang lebih hebat dari ujian yang ALLAH berikan pada kita?

ALLAH maha adil..DIA hanya akan berikan ujian pada hambanya yang terpilih..sebab hadirnya ujian pasti akan membuatkan kita sentiasa mengingatiNya dan berada dekat denganNya..yela, kalau kita sayangkan seseorang tu, kita pasti mahukan dia sentiasa berada disisi kita bukan? dan yang paling penting, betapa bertuahnya kalau kita dipilih untuk menjadi kekasih ALLAH.

Aku memang sangat percaya bahawa sesuatu perkara yang terjadi pasti bersebab dan pasti ada hikmah yang ALLAH dah tentukan disebaliknya..masa kita kecik2 dulu.. kalau kita demam, mak suruh makan ubat yang pahit tu? puas kita menangis, tak nak makan tak nak makan! tak sedap! kita cakap mak jahat..kita cakap mak tak sayang kita..tapi bila besar, kita dapat pikir sendiri kan apa yang mak buat tu semuanya untuk kebaikan kita? untuk kita sihat.

Aku sebenarnya pun sedang dilanda masalah..tapi apapun, aku bersyukur sangat2 sebab masalah yang aku hadapi sekarang ni diubati dengan adanya kawan-kawan di sekelilingku yang tak putus-putus memberi advice.. hehe

Setiap sesuatu yang berlaku pasti bersebab dan meninggalkan sebarang hikmah yang belum terluah nyata. Namun percayalah akan hikmah tersebut adalah suatu kebaikan bukanlah keburukan.. Ingat, Allah bayar cash, walaupun bukan sekarang, tapi insyaAllah di masa yang terdekat..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216). 

*see, ni la akibat orang yang tamak.. aku tak la kata apa, mungkin Allah nak bagi tunjuk dekat kau, jangan la tamak sangat.. tengok sekarang, kau terkurung dalam bilik tu dan tidak dapat join untuk lesen "eco diver'' tu.. tengok laaa..kan bagus kalau kau bagi aku ruang untuk ikut tu dulu..tidak la sampai aku tukar tajuk final year projek aku ni hah..  ini salah satu hint sudah ni.. ni baru satu Allah bagi tunjuk, beringat la kawan.. jangan ambil hak orang, tidak berkat tu.. renung-renungkan dan selamat menilai diri anda.. Assalamualaikum ~

Sep 8, 2013

Pelan-pelan saja

Lepaskan laa..ikatanmu..dengan aku.. biar kamu senang..bila berat..melupakan aku..
pelan-pelan saja.....


Dulunya, ia berada dekat dengan kita. Seperti tidak boleh dipisahkan. Sama ada kekasih hati, keluarga, sahabat, material atau apa saja. Apabila ia hilang atau meninggalkan jauh diri kita, ia membuatkan diri kita seperti sukar untuk mempercayai. Sukar untuk menerimanya. Tiada lagi di depan mata. Bukan lagi milik kita. Hanya kenangan saja yang menjadi pengubat rindu. 

Dalam apa jua cara, kita perlu redha. Melepaskan sesuatu yang bukan milik kita. Belajarlah untuk melepaskan ia pergi.Jangan biarkan ia dalam jiwa, minda dan hati kita.Bebaskan ia pergi.

'Let it fly away, sooner or later,
you gonna get something
which is much more better than before.'

Love.

Anda bagaimana?

P/S: Cuba untuk belajar melepaskannya dengan rela hati.


Aug 1, 2013

Tukang Gunting Rambut

Seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk memotong rambut dan janggutnya seperti biasa. Beliau mengadakan perbualan yang baik dengan tukang gunting rambut yang melayannya. Mereka berbincang tentang banyak perkara dan pelbagai subjek.

Tiba-tiba, perbualan mereka menyentuh subjek ALLAH. Si tukang gunting rambut berkata: "Dengar sini, saya tidak percaya bahawa ALLAH wujud seperti yang kamu katakan."

"Kenapa anda katakan begitu?" tanya si pelanggan.

"Mudah sahaja, kamu hanya perlu keluar di jalanan untuk menyedari bahawa ALLAH tidak wujud. Oh, beritahu saya, seandainya ALLAH wujud, akankah ada begitu banyak orang sakit? Akankah terdapat anak-anak yang terabai? Jika ALLAH wujud, tidak akan ada kesengsaraan atau kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan ALLAH yang membenarkan semua perkara sebegini."

Pelanggan tersebut berhenti seketika untuk berfikir tetapi dia tidak mahu memberi jawapan demi mengelakkan perbalahan.

Setelah tukang gunting rambut menyelesaikan tugasnya, si pelanggan pun keluar dari kedai tersebut. Sebaik sahaja meninggalkan kedai gunting itu, dia terlihat seorang lelaki di jalanan yang berambut dan berjanggut panjang (seolah-olah sudah lama sejak dia bergunting dan kelihatan amat kotor). Kemudian pelanggan tadi masuk semula ke dalam kedai gunting dan memberitahu tukang gunting rambut:

"Tahu tak, tukang gunting rambut tidak wujud."

"Bagaimana mungkin mereka tidak wujud?" tanya si tukang gunting. "Sekarang saya di sini dan saya seorang tukang gunting rambut."

"Tidak!" bentak si pelangan. "Mereka tidak wujud kerana jika mereka memang benar-benar ada maka tidak akan ada orang dengan rambut panjang dan janggut seperti lelaki yang berjalan di jalan itu."

"Ah, tukang gunting memang wujud, apa yang berlaku adalah mereka tidak datang kepada saya."

"Tepat sekali!" ujar si pelanggan. "Itulah persoalannya. ALLAH sememangnya wujud, tapi apa yang berlaku adalah orang tidak pergi kepada-Nya dan tidak mencari-Nya, itulah sebabnya mengapa ada begitu banyak kesakitan dan penderitaan di dunia."

Nota:"Ya Allah,ampunilah dosa2ku,sesungguhnya daku insan yang lemah"

Renung-renungkan sampai termenung...


Jul 29, 2013

10 Malam terakhir



10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. 
'
Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.


Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar

Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. 

maksudnya 

Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu


Ya Allah, mudahkanlah kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar dengan bisa mengisi hari-hari terakhir kami di bulan Ramadhan dengan amalan shalih.

Ya Allah, mudahkanlah kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar dengan bisa mengisi hari-hari terakhir kami di bulan Ramadhan dengan amalan shalih.


Subhanallah,.
Semoga kita semua di rahmati Allah, SWT...

Assalamualaikum.


Subhanallah,.
Semoga kita semua di rahmati Allah, SWT

Subhanallah,.
Semoga kita semua di rahmati Allah, SWT



Ya Allah, mudahkanlah kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar dengan bisa mengisi hari-hari terakhir kami di bulan Ramadhan dengan amalan shalih.

Jul 28, 2013

Istikharah Cinta

Ya Allah..jika dia memang jodohku..dekatkanlah kami. Jika dia bukan jodohku..jodohkanlah. Tetapi, jika dia benar-benar bukan jodohku, maka janganlah diberikannya jodoh selain aku.

Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu

Ya Allah,
Seandainya dia menjadi milikku, tercipta untukku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Tetapkanlah kemesraan antara kami, Agar kebahagiaan ini abadi. Titipkanlah kebahagiaan. Ya Allah,Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan, Ku harap dia adalah yang tebaik buat ku, Kerana Kau tahu segala isi hati aku. Ya Allah, Seandainya telah kau takdirkan dia bukan untukku, Bawalah dia jauh dari pandanganku dan peliharalah diriku daripada kekecewaan . Ya AllahBerikanlah diriku kekuatan melontarkan bayangannya ke dada langit agar ku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya. Gantikanlah yang telah hilang,Tumbuhkanlah kembali yang telah patah, meskipun tak sama dengan dirinya. Seandainya dia datang menemuiku, cinta itu adalah cinta sejati dan satu. Seandainya dia tidak datang menemuiku, Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi.. Ya Allah, Pasrahkanlah apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku kerana Engkau maha mengetahui. Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini.... Aminnn 

(Capital R)

Terkadang kamu tidak merasakan indahnya dicintai dengan TULUS.....Jika kamu tak pernah disakiti.

Istikharah Cinta

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..