May 24, 2011

SPONGEBOB DAN KEHIDUPAN


Sapa suka tengok katun Spongebob?? sila angkat kuku..
kalau tak suka, baik kamurang p tengok..Kalau tak tengok adalah menjadi satu kerugian yang kamu
dah terlepas satu katun yang banyak memberi satu inspirasi dan motivasi ini..

“Yer, memang nampak macam bodoh jak sebab kamu tengok macam orang bodoh…Cuba tengok macam orang cerdik, nampakla kecerdikan kartun tu…”
~ Ayat seseorang kepada seseorang ~

Panas tak statement kat atas tu?  Ada terkena kat sapa-sapa ???
ampun la ya kalau terkasar bahasa..aku tulis apa yang terlintas di fikiranku.hihi
Baiklah, aku tak nak jadi bodoh, so aku tengok kartun tu dengan penuh kecerdikan.
Kat bawah ni aku listkan perkara-perkara positif yang kartun ni cuba sampaikan…

  • PENGURUSAN MASA
    • Watak utama yakni Spongebob Squarepants amatlah sensitif mengenai pengurusan masa beliau… Walau lambat seminit dia akan ‘down’ sehinggakan tak boleh buat kerja. Dalam kehidupan, pengurusan masa juga penting tapi ramai yang abaikan, termasuklah aku yang sedang menekan keybord ni.

  • KERJA SISTEMATIK
    • Sekali lagi lihat kepada watak utama, amat bersistematik dalam membuat sesuatu kerja… Mesti beliau akan menyediakan list terlebih dahulu untuk membuat sesuatu (contoh boleh dilihat dalam episod Spongebob mengadakan parti dirumahnya)… 

  • BERDEDIKASI DAN RAJIN
    • Sebagai seorang pekerja di Krusty Krab milik Encik Krab, beliau amat berdedikasi dalam membuat kerja… Walau apa pn encik Krab suruh, tanpa banyak alasan beliau akan lakukan… Macam ni la baru pekerja contoh, ini mau rehat banyak kerja tak nak buat…

  • SETIA KAWAN
    • Spongebob dan Patrick… mereka berdua  takkan belot kepada sesama sendiri…
      tu la aku paling sukak tgk.. 

  • JIMAT
    • En Krab, kedekut??? mana adat…. Jimat jak tu, tak nak belanjakan ke jalan yang salah…. Hehehe…

  • TAK MUDAH MENGALAH
    • Plankton, si makhluk kecil… Sekecil-kecil Plankton tu pon mempunyai semangat ingin melawan dan tak mudah untuk mengalah yang tinggi walaupun dalam usahanya nak mencuri resepi rahsia Krabby Patty sentiasa gagal… Ini kan pula kita ni manusia, makhluk yang paling sempurna… Takkan dengan mudah nak mengalah???

  • KREATIF
    • Tak ada kena mengena dengan watak dalam kartun ni… Aku cuma nak puji ‘pencipta’ kartun Spongebob Squarepants ni sebab otak beliau teramat kreatif… Lawak-lawak yang ada dalam kartun ni berjaya buat aku gelak… Tahniah..


MORAL : Jangan terlalu memandang negatif sesuatu perkara, mungkin ada sinar disebaliknya yang tidak kita tahu…

ok..Kartun SPONGEBOB ini ibarat macam KITA...
(GEGER GROUP)

*mukak jujur semua pada zaman muda2 dahulu..I Love u ol..
-Sue,NIja,Nazila,Anik,Sedah,Yanie,Ekin-


No comments:

Post a Comment