Aug 29, 2011

Amalan Terbaik Dan Terbalik Di Aidil Fitri

AMALAN TERBAIK DI PAGI SYAWAL
1. Mengucapkan Takbir.
2. Bertahmid dan Berzikir
3. Solat Sunat Aidil Fitri
4. Bersalam-salaman memohon maaf
5. Menziarahi Kubur
6. Ziarah-menziarahi sesama jiran,saudara-mara dan sebagainya.
7. Menyediakan juadah
8. Bersedekah
AMALAN TERBALIK DI AIDIL FITRI
1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya yang menyebabkan pembaziran berleluasa.
2. Bersalam antara lelaki dan wanita ajnabi. Contoh paling senang bersalam sesama adik beradik ipar,biras,sepupu,2 pupu dan lain-lain.
3. Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh (lambat bangun sebab malam raya overnight) dan Zuhur (sibuk beraya, marhaban dan sebagainya)
3. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita. Baju kurung harga beratus der..Tudung OG dan CT style sehingga tidak tutup leher.
4. Tidak mengutamakan menziarahi jiran,saudara-mara,rakan taulan tapi sibuk menonton TV di rumah.Banyaknya cerita program nyanyian dan filem dari Hari Raya pertama sampai ketujuh.
5. Makan berlebihan. Lepas makan, tengok TV, lepas tu makan, tengok TV, makan, tengok TV. Seperti nak balas dendam sebulan berpuasa.
6. Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja.
7. Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya aidilfitri hanya sehari sebab itu hanya 1 Syawal diharamkan berpuasa sedangakan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh berpuasa sunat.
8. Malu nak beraya jika tidak tuan rumah tidak buat open house, rasa macam terhegeh-hegeh.


No comments:

Post a Comment