Aug 16, 2011

CARA MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

Assalamualaikum

Apa itu malam lailatul qadar? Malam lailatul qadar adalah salah satu malam bertarikh ganjil (seperti 21,23,25 ramadhan) di antara 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Pada malam tu, pahala korang akan digandakan sebanyak ibadah yang dibuat selama 1000 bulan, sebab tu lah orang slalu panggil malam lailatul qadar malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain2 ulama cara mencari malam lailatul qadar jika awal ramadhan jatuh pada hari:

1) Ahad atau Rabu- Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan;
2) Isnin - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan;
3) Selasa atau Jumaat - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan;
4) Khamis- Malam Qadar dijangka berlaku pada 25 Ramadhan;
5) Sabtu- Malam Qadar dijangka berlaku pada 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan, bahawa dari mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Tanda malam Qadar ialah :
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat; 
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Apa lagi? Jom beramai-ramai meriahkan 10 malam terakhir Ramadhan nanti dengan beribadat, semoga kita dpt kelebihan pahala melebihi 1000 bulan bersamaan 83 tahun umur kita...



No comments:

Post a Comment