Aug 24, 2011

Ketawa dan air mata :)


Salam 24 Ramadhan
......kadang2 kita tak tahu mengapa perlu ketawa di saat hati terasa ingin menangis.....

Aku suka sangat ayat ni. Tak tahu kenapa, tapi memang ada benarnya...kerana, di kala hati ingin menangis, di saat ujian menimpa, di waktu masalah bertimbun2 di jiwa dan sanubari, saat itu sememangnya SENYUM lah penawar paling mujarab. Walaupun kala itu air mata mengalir dengan derasnya, namun dengan tersenyum menerima takdirNya, jiwa seakan tenang, hati rasa lega.. Bak kata Dr HM Tuah Iskandar, masalah itu sebenarnya peluang. Kita harus bijak mencari peluang di celahan timbunan masalah itu... So, kenapa nak nangis sedangkan kita sedang berhadapan dengan peluang kan?

Masalah itu juga sebenarnya tanpa kita sedar, adalah UJIAN dari YANG MAHA ESA. Sahabat saya selalu mengingatkan yang UJIAN yang sebenarnya adalah tanda kasih Allah pada kita. ujian bukan sahaja tanda kasih Allah pd hambaNya, malah hadiah yang Allah berikan pada kita sebagai kifarah dosa silam. Cuba kita check semula, mesti ada perkara2 yang kita lakukan yang mengakibatkan dosa. Untuk menghapuskan dosa2 kita, Allah titipkan ujian pada kita kerana tak mahu kita terus leka, alpa dan terus hanyut...

Kebiasaannya, apabila ujian bertalu2, kita akan mula terfikir mengapa kita terus menerus diuji? Saat2 inilah sang hamba akan mula beresak tangis, meratap merayu pada YANG MAHA MEMILIKI mengenang dosa silam dan kesilapan lalu. Sebab itu, ada juga yang mengatakan bila Allah menitipkan ujianNya pada kita, sebenarnya Allah merindukan rayu tangis hambaNya...Mungkin kita dah terlebih ketawa, terover bergembira, sampaikan kita terlupa padaNya yang sentiasa memberikan apa sahaja yang kita perlukan tanpa mengira siapa kita. Walaupun kita melupakanNya, tapi DIA tak pernah jemu memberikan ni’matNya.

Rahmat Allah melimpah ruah, nikmatNya mencurah2 tapi kita, tanpa sedar seakan2 kufur ni’mat. Oleh kerana itulah Allah beri kita peringatan, dengan tujuan untuk mendidik hati kita agar tak terus hanyut dalam ombak lautan nafsu. Percayalah, di sebalik ujian tersebut, tersisip 1000 hikmah andainya kita willing nak terima ujian itu dengan redha. Sentiasalah bersangka baik dgn Allah. Takkanlah Allah nak menzalimi hambaNya, kita sebagai hambaNya sebenarnya yang terlalu banyak menzalimi diri sendiri.


No comments:

Post a Comment