Jan 14, 2012

Dugaan dan Durian

Assalamualaikum

Seandainya kita ditimpa sesuatu musibah, Jangan sesekali merungut
Anggaplah itu sebagai satu ujian dari Allah kepada kita. 
Ujian untuk menguji dan menilai sekuat mana diri kita. 
Allah mahu kita Muhasabah diri kita.


Kadangkala untuk memperolehi sesuatu yang manis itu, 
ia memerlukan kepada seribu satu kepahitan. 
sebagai contoh, seperti seseorang yang ingin makan durian. 
Duri yang banyak dan kepayahan untuk mengupas isi durian itu bukan main susah, 
tapi apabila sudah dikupas, dapat menikmati isinya yang manis dan sedap itu.. 

Dalam kehidupan ini, pastinya kita akan menghadapi perkara-perkara sedemikian.
Tidak kira apa sekali dugaan yang Allah berikan, anggap sahaja sebagai satu cabaran sebagai hambaNya. Jangan anggap semua kesusahan dan penderitaan 
sebagai satu alasan untuk kita berhenti daripada mengingati Allah.

Dalam pada itu, aku tertarik dengan satu quotes ini :

"Allah tidak akan sesekali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
 Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian itu, sebab itulah Allah memberikan dugaan sedemikian"

eipp,jap..1 2 3 smile..
at bawah jejantas 1B untuk balik ums..demand kan budak2 semua ni,
ums sebelah jak pun,sanggup tunggu bas berjam2 lamanya..ngeee~

Mood : Mahu balik rumah...
Homesick ! (_ _")




No comments:

Post a Comment