Mar 28, 2012

Aku cuba InshaAllah

Assalamualaikum..
Maaf,Mr.Blog TER-paksa diprivatekan..
mungkin ini sementara, dan mungkin juga aku akan privatekan selamanya..
bergantung pada keadaan..
aku menulis atas apa yang ada dalam fikiran aku..
bukan suka suki jek mau tulis hape..

Mulai saat ini, aku tak mau ulangi kesilapan yang lepas..
yang lepas biarkan ia berlalu dan tak mungkin akan berulang buat kali kedua..
kalaulah dapat, aku mahu ubah semuanya..
tapi itu KALAU...
banyak benda aku mahu mahu ubah..bila kenang balik masa lalu,
MasyaAllah..hanya aku dan DIA sahaja yang tahu..
diharap kehidupan pada masa hadapan tidak seperti dulu lagi.
aku janji..InshaAllah.

pertama sekali, aku betul-betul tidak suka dengan kehidupan lalu...
siyesly.
sebab aku tahu akibatnya nanti macam mana..
apa-apa pun, biarkan ia berlalu..
bolehka masa lalu dilupakan?

Seorang hamba Allah ada pernah beritahu kepada ku,
"eh, kau ni berbeza dengan yang dulu..betul ka jugak ini kau sue?"
dan aku tidak menjawab, cukuplah sekadar menyedekahkan senyuman.
apa yang berbeza di mata mereka ya?
ter-spechless seketika.

Kedua, study aku.. 
sejak satu sem aku di ums ni, aku masih belum boleh terima apa yang sepatutnya..
tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk teruskan pengajian dalam bidang ni..
walaupun result aku menghampakan, itu tidak mematahkan semangat aku..
inshaAllah, sem ni aku cuba sedaya upaya aku untuk menaikkan pointer aku..
atleast 2.30 dan ke atas..
aku tidak mahu pengajian aku tergantung macam tu sj..
so, sem ni kena banyakkan usaha..
mana kamu wahai si pembakar semangatku?
aku perlukan bantuan..aku perlukan dorongan..
dan aku perlukan kamu.....

Ketiga..Mereka yang aku sayangi..
siapa lagi kalau tak bukan kedua orang tua aku..
::Hjh Sitti bt Abd Rauf dan Hj Amir bin Benteng::
aku tahu selama ni aku selalu kasar dengan kamu..
selalu tidak dengar cakap kamu..
aku tahu kamu selalu makan hati dengan aku..
sebab aku degil..selalu ikutkan perasaan..
tapi jauh di sudut hati aku,
aku sangat sayang kamu berdua..
aku cuba tidak menghampakan kamu berdua..
aku cuba untuk meng-happykan kamu berdua..
aku tahu,kamu letakkan harapan yang sangat tinggi dengan aku..
aku sebagai anak bongsu, tidak akan mensia-siakan harapan kamu berdua..
<-----aku minta maaf atas segalanya..
::di odec, ums..gambar semasa mereka menghantar aku masuk mendaftar ke menara gading..19 september 2012..
"datang dengan harapan,pulang dengan kejayaan"


AKU JANJI..aku tidak mahu kehilangan kamu..
aku terlalu sayangkan kamu..
inshaAllah, aku akan pulang dengan segulung ijazah..
dan semua yang aku lakukan ini hanya untuk kamu..membalas jasa kamu
selama 22tahun kamu membesarkan aku..
aku cuba....



lastly, Kehidupan..
aku kena ubah semuanya..
-TIDAK tinggalkan solat 5 waktu (kalau boleh solat bila masuk waktu)
-Kurangkan mengata hal orang lain (mengumpat)
-Tutup aurat sebaik yang mungkin
-study dan fahami apa yang patut..bertanya jika tidak faham..
-jimat cermat sebaik yang mungkin..
-jaga pergaulan antara bukan mahram.
(kecuali terdesak seperti merebut naik bus ums, itu memang tidak dapat di elakkan,lambat..bye bye..)
-datang awal ke kelas dan kurangkan eskep kelas..eh??? ni semua salah bus..
-kurangkan buat keja yang melalaikan..
-kurangkan tidur(kecuali penat yang teramat,boleh overtime tidur)
-Tidur tidak boleh melebihi jam 1 pagi.(kecuali terdesak)
-kawal emosi..kalau boleh, jangan tunjukkan kepada orang perasaan kita..hahaha
-maafkan kesalahan orang lain.
-#memaafkan dan melupakan
-jika ada problem, cuba sedaya upaya setlekan sendiri.
                                            "La Tahzan, INNALLAHA MA'ANA"

#cukup itu sahaja wishlist aku.harap aku dapat buat..

entry luahan hati..entri emosi, sambil menaip sambil mengalirkan air mata keinsafan..
inshaAllah akan aku tunaikan semua yang aku nyatakan di atas..


*roomate aku kata entry kali ni sangat panjang..halamak, depa skodeng blog haku ler..
tak leh jadi ni...dia mai dah...kantoi~




1 comment: