Jul 23, 2012

Muhasabah diri

Assalamualaikum pembuka bicara,

Lately ini...
Kenapa mudah sangat hati ini terasa rumit? Kenapa begitu cepat hati terasa gelisah?
Kenapa sukar untuk menahan hati dari terluka? apakah yang sedang bermain di fikiranku?


Semakin kuat dugaan mendatang, Semakin ku cuba kuatkan hati untuk menempuhinya..


Syaitan takkan pernah berhenti menggoda manusia.
Namun, kita mampu mengatasinya dengan menguatkan keimanan dalam diri.
Tadahlah tangan, pohonlah kepadaNya akan ketabahan hati, kekuatan iman dan keikhlasan jiwa


Allah dengar doa kita. Allah dengar permintaan kita. Allah tahu segala yang terbaik untuk hidup kita.


Andai Allah masih tidak memakbulkan apa yang kita sering doakan, Percayalah...
Dia sebenarnya ingin menguji sejauh mana kita mampu bersabar,
Sejauh mana kasih sayang yang mampu kita berikan padaNya,
Sejauh mana kita bergantung harap akan keredhaan dan keberkatan dariNya.

Ya Allah..
Janganlah Engkau biarkan hambamu ini, leka dengan urusan duniawi sehingga mengabaikan tugas sebenar mengejar Redha Ilahi untuk kehidupan yang kekal abadi di sana kelak.

Ya Allah..
Aku yakin setiap ujianMu terselit sebuah hikmah yang sangat berharga
Jadi, aku mohon agar Engkau memberiku kekuatan.
Kekuatan untuk terus cekal berdepan dengan segala macam cabaran kehidupan.


Kuatkan aku Ya Allah...
Permudahkanlah urusanku..
Permudahkanlah aku untuk sentiasa memaafkan insan-insan yang menyakitiku.
Permudahkanlah aku untuk tetap tersenyum walaupun kesedihan menyelubungi diri.
Permudahkanlah aku untuk menghadapi segalanya dengan tenang.
Permudahkanlah aku untuk terus istiqamah dalam melakukan amal kebaikan demi mendapat redhaMu.

Semoga bulan yang penuh barakah ini,
adalah masa yang terbaik untuk aku mengubah kehidupanku ke arah yang lebih baik
berbanding kehidupan yang lalu..aku perlukan dorongan,aku perlukan bimbingan..
tolong bantu aku..tolong bimbing aku ke jalan yang di redhai..
Biarlah dosa-dosa lalu sebagai pengajaran buat aku untuk aku perbaiki kekurangan diri ini.."sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku"

For someone,
aku ingin menyusun 10 jari memohon seribu  kemaafan..
dan ingatlah, berdiam tidak akan menyelesaikan masalah...
malah ia akan menambahkan masalah sebab mungkin ia akan membuat sesorang sukar mahu "move on"
aku sangat perlukan seseorang yang boleh memahami diri ini..

*jika kau masih memerlukan aku, carilah aku..aku akan tunggu kau sampai bila2..
dan jika kau tidak memerlukan aku,tolonglah jangan memberi harapan lagi..
so, silent is better..







No comments:

Post a Comment