Aug 1, 2012

Kertas Putih dan titik Hitam

Assalamualaikum,
Alhamdulillah sampai ke 12 Ramadhan...Terawih setakat ni? pun alhamdulillah..
sama-sama kita menghidupkan Ramadhan tahun ini... InshaAllah.

"Nak berubah ni memang banyak halangan kan?" Kata si Najwa binti Latiff (bukan nama sebenar)
"Hurmmmm...." Aku hanya senyum.

sometimes, setapak kita melangkah kita akan mendapat kesakitan, tapi perjalanan kena teruskan setapak demi setapak sebab mungkin kita akan temui kebahagiaan, cuma perlu sabar, as-soobiriin.

*just forget it


Kita terlalu taksub dengar cakap orang lain, sehingga susah "move On". Jika kata-kata manusia membina, ambil. Jika memusnah, buat donno ok.
Dalam kehidupan kita seharian, carilah sesuatu perkara yang buat kita ceria dan bahagia. Barulah hidup tidak dirundum resah dan duka selalu..


eh,kamu  pernah dengar cerita kertas putih dan titik hitam?
kalau tidak pernah, sini aku bagitahu kamurang....
Najwa mengambil sehelai kertas putih, kemudian dia membuat satu titik hitam berbentuk kosong kosong kosong pada kertas itu, kemudian dia bertanya kepada Akim, apa yang Akim nampak pada kertas itu? akim menjawab,Aku akan selalu..menjaga dan... eh silap, Titik hitam Najwa....


You are absolutely WRONG Akim!!!
Punya la besar kawasan putih kertas putih tu tapi yang dia nampak titik hitam yang kecil tu jugak. See... susah mahu buang sikap, sifat, mentaliti, penilaian manusia ni. Yang ada di fikiran tu negatif, negatif, negatif. Bagus la tu, teruskan menilai keburukan orang.  Bila negatif itu kian bercambah tumbuh pulak hasad dengki . Cubalah beri peluang pada diri jadi insan positif, insan yang lebih baik. Boleh? Boleh sangat kalau kita mahu..


#"Setiap orang ada kisah silam dalam hidupnya. Jika mahu terus hidup dalam masa silam, kita tidak akan berganjak ke mana-mana."

*Biar kita susah, asal tidak menyusahkan orang lain...

Senyum tatkala mendapat duka. Sedikit sebanyak boleh melahirkan rasa gembira.


_Luahan semata-mata_


No comments:

Post a Comment