Sep 26, 2012

Kegagalan sumber kekuatan

Assalamualaikum...

Hidup kita di dunia ni tidak pasti, Mana tahu esok lusa kita dipanggil menghadap Ilahi,so aku mahu berkongsi cerita untuk meneruskan secebis sisa hidup yang sementara ini.

Menyingkap kisah jatuh bangun hidup. 
Rupa-rupanya banyak juga cabaran hidup yang aku dah lalui selama 22 tahun ni..
(tidak termasuk zaman orang selalu cubit pipi aku iaitu zaman kecomelan aku ). 
Di dalam kisah hidup aku terselit elemen kesedihan, kekecewaan, kehampaan yang sering bertelingkah dalam diri. Asam garam manusia. Perkara biasa apabila menjadi manusia biasa.

Sue, kau ni tak pernah sedih ka? muka macam tiada masalah sj..

Sedih?apa itu?haha. Manusia mana yang tak pernah sedih ? Kita manusia biasa la, dan sedih itu sebahagian dari kita bergelar manusia. Tapi kadang-kadang kita perlu menutup kesedihan kita dengan berpura-pura happy.

Macam mana pulak dengan kegagalan? 

Banyak sangat kegagalan dalam hidup ini. Tetapi mereka tidak nampak apa yang terselindung di sebaliknya. Terselindung itu tersembunyi pelbagai kisah yang mampu meruntun jiwa. Kisah yang tidak pernah kita mahu peduli. Kisah yang mampu buat manusia jatuh dalam jurang kelemasan. Jurang yang dinamakan KEGAGALAN.

Merasai kegagalan, kita akan merasai kehampaan, kekecewaan. Kekecewaan yang sukar ditafsirkan.  Seperti tiada harapan untuk meneruskan hidup lagi.
Kegagalan juga kadang-kadang mampu membuatkan manusia tidak nampak akan pengertian dalam hidupnya. Pasrah. Serabut. Buntu. Semuanya digaul menjadi sebuah rasa negatif di sudut hati kecil.

Jangan terlalu ikutkan emosi. Jangan biarkan emosi membatasi warasnya akal fikiran.Ingat, tiada seorang pun manusia dilahirkan sempurna dalam dunia ini.Kegagalan itu adalah perkara biasa bagi seorang insan yang bergelar manusia. Biar pun sehebatnya seseorang manusia itu, pasti kegagalan pernah singgah dalam hidupnya. Gagal dalam peperiksaan, gagal meneruskan pengajian, gagal dalam perhubungan, gagal dalam percintaan, malah gagal dalam perkahwinan. Dan pelbagai lagi kegagalan yang sering terjadi dalam hidup masing-masing.

Jadi, berhentilah bersedih dengan kegagalanmu. Bangun dan menyerlah semula.Andai rebah, bangun dan terus melangkah. Jangan berputus asa. Kejayaan bakal milikmu kelak.

" Allah tidak akan membebani hambanya di luar kemampuan hambanya"

InsyaAllah...

    ya, ini la aku..seorang penumpang hidup di bumi Allah..
Lokasi : Lahad Datu.. i miss my hometown, i miss my home ! i know, my home also miss me..
*halakan cursor anda untuk tumbesaran berlipat kali ganda.
barula boleh nampak dengan jelas kekiutan saya di situ..HAHA


## tadi aku rasa down sangat mengenangkan masalah demi masalah yang aku hadapi. Aku tak tau cara mau tenangkan diri (ayat lebih kurang mcm tu la)..but now..i feel ok..:)
Btw, Thanks adikku dan juga sahabatku..i think my spirit is coming again. thank a lot ya..
for you, all the best in what are you doing...i will support you.. ;)





#np Segenggam Tabah (In-Team)



No comments:

Post a Comment