Jan 5, 2013

youre num 1 for me

Bismillahirahmanirahim...

Sayu hati bila mendengarkan lagu ni. 

Oh Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian....

hmmmm....

Mak,Aji,ibu,mama,ummi,mumy adalah panggilan yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama! Besarnya pengorbanan seorang ibu yang sampai bila-bila pun kita tidak mampu membalasnya walaupun bejuta-juta ringgit kita berikan. Cuba kita tanya diri kita, selama ni kita lebih banyak membuatkan mereka resah gelisah atau kita lebih banyak mencari jalan menggembirakannya. Ingat ya..keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu,dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ayah ibu...

Teringat aji dan etta di rumah. Aji dan etta (adalah panggilanku utk ibuku di rumah, dan etta adalah panggilan ayahku). Apalah yang dia tengah buat sekarang ni.. Cuba renungkan berapa kerap kita bertanya khabar mereka kita yang jauh di mata? Adakah kita sekadar tunggu mereka kita yang menelefon kita untuk bertanyakan khabar kita terlebih dahulu? Kenapa kita tidak mulakan?

Tataplah wajah kedua orang tua kita yang sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya kerana setiap kali kita memandang wajah mereka,setiap kali itu juga kita akan mendapat pahala! Sayangilah insan yang bergelar ibu dan bapa dalam hidup kita selagi mereka masih ada..Bersyukurlah kerana lahirnya kita di dunia ini,kita masih berpeluang menatap wajah ibu dan bapa kita kerana tidak semua orang mempunyai peluang yang sama.

haritu sebelum aku melangkah masuk ke dalam dewan exam, aku ada call mak aku, perkara biasa aku akan lakukan sebelum masuk exam... hari pertama tu aku call mak aku, Mak aku sempat berpesan..
"cik sue, kalau tidak dapat jawab, ingat aji dan etta di sini ya." tup tup..air mata mula menitis..haha, biasalah kan anak bongsu macam aku ni sentimental sikit.mudah untuk mengeluarkan airmata.. InshaAllah.
dalam jawab exam tu, ada miracle terjadi, aku betul-betul lupa mau jawab mcm mana, dalam masa tu aku teringat pesan mak aku...so, tidak lama lepas tu,alkamdulillah aku dapat jawab dengan tenang.

Terima kasih ajiku...

Doakan kejayaan anakmu di sini..
sesungguhnya aku sangat merindui mereka...

"ALLAHUMMAGHFIRLI DZUNUBI WALIWALIDAYYA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANI SOGHIRO"

Maksudnya: "Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

<3


Seorang anak itu belum di kira sebagai anak yang soleh,kalau dia belum berdoa untuk ibu bapa..
Termasuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa ialah dengan berdoa untuk mereka.



No comments:

Post a Comment