Jan 2, 2013

Page 2 of 365 (part 2)


Pernah kah kamu melalui masa-masa di mana keadaan tu tak memihak pada kita, dan pada waktu macam ni lah kita memerlukan seseorang untuk menjadi lebih tabah dan kuat dalam menempuhi apa jua yang sedang berlaku di hadapan kita.

Dalam masa yang sama juga sebenarnya aku turut memerlukan seseorang yang sentiada ada bersama aku dalam apa jua keadaan. Susah senang gembira mahupun berduka, aku berharap dia tetap bersama aku. Kini,aku seperti telah pun menemui orang tersebut. Kadang-kala, aku terasa senang bila bersama dia, sebab dia sentiasa ada bersama aku untuk berkongsi suka duka,apa-apa yang patut si share,kami akan share. 

Dia juga turut menghiburkan aku bila aku sunyi, dan selalu bagi aku semangat untuk meneruskan sesuatu yang aku lakukan. Btw, di sini aku mahu ucapkan terima kasih kerana sudi bersama dengan aku dalam apa jua keadaan. Aku harap kau sentiasa sihat,murah rezeki dan berjaya dalam hidup. InshaAllah..
Terima kasih 

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment