Feb 2, 2013

Muhasabah diri


Tahun demi tahun, aku meneruskan kehidupan. Astaghfirullahulazim..Jalan yang terpaksa di lalui rupanya kian lama kian sukar. Onak dan duri menanti di sepanjang perjalanan. 
Ada masanya aku kuat menempuh halangan dan ada masanya aku jatuh tersungkur. Iman pula sentiasa di paras yang berbeza-beza, ada pasang surutnya yang tersendiri. 


Aku kian banyak melakukan dosa. Ampunkanlah aku Ya Allah.. Apa gunanya aku hidup, andai kehidupan ini semata-mata untuk menambah bebanan dosa? Astagfirullahalazim.. 

Setiap apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut semuanya di tangan DIA dan hanya DIA yang tahu, bila tiba masanya Izrail harus datang menjemput. DIA yang Maha Berkuasa. Pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini? 


#Bersyukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan. 
#Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? 
#Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar. 
#Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara. 
#Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. 

Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi.

Hidup Adalah Sebuah Pilihan. Tetapi Kadang-Kadang Kita Tiada Pilihan.
mahu tidak mahu, best atau tidak best, hidup perlu diteruskan. Itulah tetapan hidup menjadi seorang manusia. 

Sepanjang meneruskan hidup, kita sering berhadapan dengan pilihan. Terkadang kita sendiri tidak pasti akan pilihan yang kita tentukan. Selalunya ia akan berakhir dengan penyesalan. Buat masa ini, ketika ini, aku berhadapan dengan pilihan. Walaupun telah banyak pilihan telah dilakukan sepanjang melalui hidup, hati tetap gusar apabila berhadapan dengan sebuah pilihan. 


Ada dua perkara apabila kita berhadapan dengan pilihan :

#Pertama kita takut memilih. Takut-takut pilihan kita tidak tepat, dan merana akhirnya. 
#Kedua, kita telah memilih. Kita telah berada di dalamnya. Kita tidak mampu keluar lagi. Jadi kita terus berhadapan dengan masalah pilihan yang menyesakkan atau menggembirakan.  

  
Andai gelisah, pejamkan mata dan yakinlah Allah tahu apa yang terbaik buatmu. InsyaAllah. 


#Istikarah. Buat pilihan. Redha dengan pilihan. Senyumlah. Terus melangkah dengan gagah.




No comments:

Post a Comment