Mar 15, 2013

Tribute To Zue

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak menulis dalam blog ini. Dan entah kenapa hari ini hati terasa tertarik untuk menulis. Menulis kisah persahabatan yang terjalin. Kutitipkan tulisan ini buat sahabat seperjuangan yang disayangi juga merangkap roomate saya semasa duduk dekat kampung E suatu ketika dahulu.

Selalu sangat kita dengar orang sebut 'ukhuwah fillah'. Maksudnya 'bersaudara kerana Allah' Bila bercakap soal ukhuwah, mesti lah teringat dekat sahabat kita, kan? Beruntung lah siapa yang ada sahabat sejati.. Kenapa? Susah tau nak cari sahabat yang betul-betul sejati ni..

Terkadang kita mungkin terasa dengan dia. Tapi kalau iman dapat terima apa yang diucapkannya, insyaAllah persahabatan tu akan kekal lama :) Sentiasa berlapang dada dengannya..Tolonglah, jauhkan hati dari sukzon (bersangka buruk) .


*Tempat kejadian : salut kelapa bakar

Gambar di atas yang aku maksudkan tu, ex-Roomate dekat ums. Nama dia zuriah.. aku panggil dia Zue.. nama kami lebih kurang sama sj. kan zue kan..
umur? hah, sama umur dengan umur aku, api aku lebih "muda" dari dia la..sebab masa dia jadi roomate aku, dia ni dah tahun dua, aku masih freshie2 lagi baru masuk U tahun 1 katakan...

Teringat lagi masa first time masuk bilik tu, dia ada dekat bilik tu sorang-sorang, sedang iron-iron baju tak silap. Dua orang roomate (Sharon dan Farhanah) masa tu ada kelas, cian dia tinggal sorang2 dalam bilik sehinggalah ada sorang budak baru masuk ni dan terus berkenalan sama dia. Al-maklum la,sy budak second intake.. hihi

Agaknya zue ni la orang pertama aku kenal dekat Ums ni.. 
Nak bagitau jugak ni, dia la yang banyak tolong aku masa minggu pertama dekat ums tu, dia tolong susunkan jadual kelas, bagitau dimana dewan kuliah, odec dan sebagainya.. 
Dia ni baik orangnya. aku suka kawan dengan dia, walaupun aku dekat bilik masa tu tak banyak cakap.. maaf la, sy kan pemalu orangnya..  awak pun tahu sy mcm mana kan zue.. 
 *Bangga la sikit zue,tapi jangan tacing-tacing plak tau.

zue, ni nak buat confession sikit, sebenarnya sy teringin sangat nak borak-borak dengan awak, kalau boleh tiap masa.. tapi sy malu nak start conversation dengan awak.. tapi,lama kelamaan hilang sikit malu tu.. Ada jugak kacau-kacau zue, duduk tepi tingkap petang-petang tengok abang-abang main bola dan tengok abang-abang McD lalu lalang sehingga la sampai keinginan mengoder McD sendiri..masak-masak spagethi dekat bilik, kan zue kan.. Sy sangat rindu saat-saat itu.. sy rindu awak..

sekarang ni pun payah nk jumpa awak, ye la,masing-masing busy dengan hal masing-masing..sebab aku dah tak tinggal dalam hostel lg.. 

Masih lagi aku teringat zue kata, "awak ni tiap-tiap minggu nak balik rumah"
kalau boleh sy tak nak balik rumah,tapi apakan daya..hehe
Sekarang aku teringin nak duduk hostel lagi,tapii.....
kalau duk hostel senang nak jumpa dating dekat zue kan..
Sekarang ni zue berada di tahun akhir pengajian dia dekat ums ni, Lepas tu dia akan praktikal, dan hujung tahun ni pulak dia convo dah..
Beliau merupakan bakal kaunselor tau..jangan main-main dengan ex-roomate kesayangan sy ni. 

awak lepas tamat pengajian awak ni, awak jangan lupakan sy tau.. kalau boleh nak mesej awak hari-hati..Keep in touch selalu k..

Awak maaf k, sejak dua menjak ni selalu tacing dengan awak, lately ni selalu teringat dekat awak.. rindu nak jadi roomate awak lagi..hm, lepas ni ntah dapat jumpa lagi ke tak. 
Awak, Sy nak awak terus jadi kaunselor sy boleh?
awak,doakan sy nk jadi mcm awak juga ya..



Benarlah orang kata, mencari sahabat sejati umpama mencari sebutir permata disebalik timbunan kaca.  payah kan? Masih kah ada? Seberapa ramai? Mungkin satu dalam seribu.. Wallahua'lam.. Hari ni mungkin mereka ada. Esok-esok pula? Hargai selama mana dia masih ada di depan mata kita.

Sahabatku, terima kasih buat segalanya. Ukhuwah fillah fin jannah, insyaAllah. Allahumma amin...

Saya sayang awak sangat-sangat Zuriah Zainul Abidin.
Saya Sayang Sangat Kat Awak Sebab Awk Pun Sayang Kat Saya.... >_<

*Maaf tertaip panjang sangat..ni khas untuk awak.

#Awak,nanti kita beli baju kotak-kotak sama-sama k..

*Awak kalau rindu sy,rajin-rajin la baca entry ni k.. 

assalamualaikum..



2 comments:

  1. Nice entry :) nice when u have som1 called friend to talk to, to share feelings n probs. Friends that will accompany and be beside u whenever happens. Sronok baca entry ni :) rasa sedih pulak, miss my late's friend :( huhu. Err malu la plak, kbye :D

    ReplyDelete
  2. thanks cz reading.. acctually i vey2 missed that person..thats y la nk buat entry pasal dia..hehe..tak salah kita nk rindu someone,klu rindu cepat2 bagitau dia seperti sedekahkan al-fatihah buat dia..insyaAllah dia mendengar.. thanks.. @nurulSyazwani

    ReplyDelete