May 17, 2013

Aku teruskan hidup. Kamu teruskan hidup. Mereka juga teruskan hidup.

Kisah aku..

Hidup adalah sebuah pilihan. Tetapi kadang-kadang kita tiada pilihan. Selagi kita hidup, pilihan kita adalah meneruskan hidup. Hidup, terlalu banyak perkara kompleks terkandung di dalamnya. Kadang-kadang serabut memikirkan tentang masalah hidup. Ah, bukan kadang-kadang. Tetapi selalu. Selalu pening memikirkan masalah hidup yang tidak jemu melanda.Aku lemah, tidak berdaya, and i need my life back..

Bila kamu diuji Ilahi, adakah kamu mampu berlari? Bila kamu ditimpa masalah, adakah kamu hanya mampu berserah? Bila kamu terjatuh, adakah kamu tidak mahu bangun lagi?

Ya baru-baru ni aku telah di uji.. Ujian yang begitu berat yang pernah aku hadapi. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang aku rasa pada masa tu..Apa pun yang terjadi, aku tetap bersyukur kerana aku masih diberi keizinan untuk meneruskan hidup. Aku percaya, apa pun yang terjadi, terselit hikmah di sebaliknya.. Alhamdulillah.

Perkara ni berlaku genap sebulan yang lalu pada tarikh hari ini. Satu kejadian hitam telah menimpa aku pada 17April2013 sekitar jam 7.20malam dalam cuaca hujan pada masa itu. 

Let me share a little about the things that are in my mind on that time..

Waktu tu aku berada di library ums, ada kerja sikit kena setle kan.. Tak lama selepas tu, aku dan sorang kawan aku pun nak balik ke kampung E. semasa dalam perjalanan balik ke kg E tu, sumpah satu benda pun aku langsung tidak ingat... Sedar-sedar keesokan harinya, aku dah terbaring terlantar dekat katil hospital.. dan satu perkara yang membuatkan jantung aku hampir berhenti berdegup adalah apabila seorang doktor memberitahu kepadaku bahawa pada malam tu aku kemalangan motorsikal.. aku pun kaku seketika dengan kenyataan yang DR tu beritahu. Dan dalam masa yang sama juga, DR tu memberitahu aku bahawa aku kena di operate hari itu juga. Disebabkan terdapat darah beku dekat kepala.. sekali lagi aku rasa seperti jantung aku mcm mahu meletup masa tu bila mendengar kenyataan tersebut. Dan masa tu aku memberontak dengan DR tu supaya mencari jalan lain daripada melakukan pembedahan dekat kepala aku ni... tapi, aku terpaksa redha dengan semua tu..

Tepat jam 8pagi,pada 18April2013..aku di bawa ke dewan bedah.. masa tu aku hanya redha dan tawakal dengan apa yang akan terjadi... Tepat jam 2 petang,aku keluar dari dewan bedah tu, pembedahan tu memakan masa lebih kurang 6 jam,menurut kakak aku..
Darah beku dekat kepala aku berjaya dikeluar dan aku mendapat 28 jahitan. Hanya Allah yang tahu apa aku rasa pada masa tu..... tak pernah aku rasa kesakitan macam tu seumur hidup aku..Alhamdulillah bila dah sedar tu, di sisi aku ada kedua ibubapa,kakak,abang ipar dan anak2 buah aku.. Bersyukur sebab masih diberikan peluang untuk menatap wajah mereka semua.. 

3hari selepas itu, family aku meminta supaya aku dikeluarkan dari hospital dan berehat di rumah. Perasaan lega kian terasa, kerana aku sangat terseksa semasa berada di hospital. Sepanjang berada di rumah beberapa hari tu, tak putus-putus kawan-kawan aku datang menjenguk aku dan mendoakan aku.. Terima kasih semua kawan yang sudi melawat aku.. U make me more stronger.. Jazakallah khairan katsiran sahabatku semua.. tak tahu nak kata apa lagi.. Syukran.


seminggu selepas tu, aku balik kampung dan berehat dekat sana pulak dengan ditemani oleh kedua ibu bapa ku yang tercinta.. aku mendapat cuti selama 2 minggu.  Terima kasih jugak di ucapkan kepada rakan sekelas yang banyak membantu aku selama aku tiada, membantu membuat kerja aku,dan mengajar semula benda yang aku ketinggalan. Terima kasih semua.


Setiap gambar ada ceritanya : 

*Temporal Confusion..... nak tahu? google sendiri...  
Tak sampai hari mahu share...
Laa,baru perasan, tarikh lahir aku salah la doktor.. aku lahir 1 February..yang depan tu betul :)

*Kesakitan yang tidak terungkap.. thats y la aku tak suka jarum !!!!!

*See... aku dah kembali ke sekolah... Fully recover sudah.. Alhamdulillah

*Wajah sebelum

*Wajah selepas , ada beza ka? 
alaa,aku tetap aku la..

ALLAH beri ujian dan ALLAH hantarkan bantuan..Telah pun dijanjikan oleh ALLAH, Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Perlu seyakin-yakinnya dengan janji ALLAH ini.
Ujian hidup kita berbeza. Hebatnya kita diuji, lagi hebat ALLAH menguji insan lain. Ya ujian aku, kamu dan mereka tidak pernah Sama. Kita tidak ada jalan lain melainkan kena hadapi. 

Apabila kita ditimpa ujian oleh ALLAH, kita tiada pilihan. Melainkan hanyalah 2 perkara. 
1) Berusaha teruskan hidup. 
2) Mati.

Ada yang salah faham dengan kenyataan kedua. Maksud mati dekat sini ialah kita sudah hilang upaya untuk berusaha. Masalah-masalah hidup yang dirasakan rumit. Buntu. Tiada jalan keluar. Lupa ALLAH... MasyaAllah,jauhilah aku dari itu..
Belajar menerima hamparan kenyataan dengan baik. Dugaan bukan untuk melemahkan kita. Sebaliknya menguatkan. Menguatkan hati dan diri.

"Kita tidak pernah tahu rancangan Allah. Andai kita tahu, pasti kita tidak mengeluh dan terus bersyukur." Hidup ini best kalau semua kita buat hanya kerana Allah. InsyaAllah.

the end...


No comments:

Post a Comment