May 19, 2013

Berdiam diri satu ibadah.. La tahzan

Be strong...

Saya redha dan bersyukur menerima dugaan yang Allah beri ni kerana ia membuatkan saya lebih dekat denganNya. 
Apabila saya berpura-pura untuk menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata tersembunyi saya kecuali Allah.Apabila saya sedih dan memerlukan bahu untuk menangis, tiada siapa mendokong saya kecuali Allah.
Menyenangkan manusia adalah amat sukar, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. 
Allah yang MAHA BESAR, Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan semua pujian adalah milikNya."

that's the answer

Satu lagi yang selalu berada dalam fikiran aku..Kenapa ujian seberat ini? Jawapannya : 
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Surah Al-Baqarah ayat 286

Apabila aku berasa keseorangan dan bersedih, aku teringat ni : 
La tahzan innallaha maana."Janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita." 
Surah At-Taubah ayat 40

Hanya DIA yang satu... 
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
Surah At-Taubah ayat 129

Dan bila aku berasa hampir berputus asa....
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
Surah Yusuf ayat 12




Thats all
1.20am



No comments:

Post a Comment