Jun 7, 2013

Siapakah kita pada 10 tahun akan datang


Soalan ni yang membuatkan aku berfikir sejenak.
Bila umur semakin meningkat pasti kita akan terfikir tentang diri sendiri. Siapakah kita pada 10tahun akan datang. Sedar akan itu, tapi tiada juga kesedaran dalam banyak aspek. *muhasabah diri*

Ubah mindset diri sendiri...
Ya, perkara pertama yang perlu dibuat adalah ubah mindset apa yang kita buat hari ini bukan untuk hari ini. Tapi ianya untuk masa depan kita. Jika kita gagal mengurus diri kita dengan baik, maka ianya akan bagi kesan pada diri kita pada masa akan datang.Anda mampu mengubahnya.


10 tahun akan datang, umur aku dah menjangkau 30 dan keatas(tuanya sudah aku). mungkin seorang yang hebat pada masa itu. miahahaha. Hebat kerana aku mungkin sudah punya suami dan punya anak-anak. Sekiranya diizinkan oleh Allah untuk aku punyai zuriat. Aku seorang isteri dan bergelar sebagai seorang ibu.. Ehem. 
Bila sebut pasal anak ni, boleh tak kalau aku nak cakap... aku mahukan sepasang putera dan sepasang puteri. So the totals is four.. Cukuplah empat.Tak mau banyak-banyak sangat. Risau tak terjaga nanti.pandai ka aku jaga anak? Sebab kadang terpikir, jaga diri sendiri pun macam dah tak terjaga sekarang ni..alahai...

untuk kerjaya pula, aku tidak berani untuk menaruh harapan yang menggunung. Cuma aku berharap punya kerja yang sudah stabil dan sesuai dgn gaji yang berpatutan untuk aku shopping bersama anak-anak aku nanti.

Atau aku masih hidup lagi di atas muka bumi ini...Jangan cakap 10 tahun akan datang, mati itu bila-bila sahaja, so kita kita kena bersedia setiap masa. InsyaAllah. Tiada siapa yang tahu akan tahap mana umur kita. 

Juga pada ketika itu, menjadi seorang anak yang berjaya dan berbakti kepada kedua orang tuaku. 

Tak lupa juga, mungkin pada ketika itu aku sudah menunaikan Haji.  Mana lah nak tau,rezeki.InsyaAllah,tempat wajib pergi..  So doa  yang terbaik untuk masa depan kita. 

10 tahun lagi? Agak-agak dimanakah anda pada masa itu?


1 comment:

  1. Dapatkan buku motivasi 'Siapa Kita 10 Tahun Lagi?' di pasaran. Buku motivasi masa depan yang sudah berlegar di kedai-kedai buku sejak 2011 menjanjikan pembukaan minda terhadap masa depan!

    Like page buku ini di http://www.facebook.com/siapakita10tahunlagi sekarang!

    ReplyDelete