Jul 25, 2013

Saya rasa, saya fikir, saya tulis

Setiap orang ada kisahnya tersendiri.. (ini bukan tajuk utama, tiada kaitan okeyh)

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan untuk hari ke-15 puasa. Dah masuk pertengahan Ramadhan.. Alhamdulillah.
Ya ya ya. Aku tau, blog lama x update. Padahal baru beberapa hari lalu sudah update. saja cari publisiti. Ala, blog yangg x seberapa ini, xda org yang akan baca kecuali someone tu. Yes kau la.. aku tau kau stalker tegar aku. Silent reader. 

Semester break. Yes, bercuti selama hampir 3 bulan dekat rumah manis rumah ni. Kerja part time. Kemas2 rumah apa yang patut. itulah pekerjaan aku. sambil2 tu aku main handphone. Handphone yang tak seberapa smart ni. Aku jenguk satu persatu laman sosial. Aku ambil gambar sendiri. Hahaha! Nampakkan kebosanan yang melanda diri ini bila keseorangan. Thank you so much la handphone sebab kau memang peneman di kala aku atau siapa-siapa yang keseorangan atau kesunyian. Memang smartphone. Lebiu !

Bila bersendirian, aku perhatikan gelagat orang ramai.
Bila bersendirian, aku takut duit tidak cukup.
Bila bersendirian, aku risau dengan keadaan sekeliling yang mungkin tidak selamat.
Bila bersendirian, aku baru sedar yang sebenarnya tindak tanduk kita juga diperhatikan orang.
Bila bersendirian, aku belajar untuk mengutamakan keperluan dari kehendak.
Bila bersendirian, aku belajar untuk berdikari, yakin diri untuk berdiri atas kaki sendiri. 
DAN,
Bila bersendirian, aku jadi takut.


Kalau hidup terlalu bergantung dengan orang, mcm mana nak maju.

# Tidak selama-lamanya aku akan ditemani tapi aku harap ada dia untuk selalu menemani. 

*Result exam semester 4 kurang memberangsangkan.. Hmmm, InsyaAllah final year sem depan mesti kasi up.. MAAF ~



No comments:

Post a Comment