Oct 8, 2013

HIKMAH DISEBALIK SESUATU


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan? aku yakin, ALLAH buat sesuatu, ALLAH jadikan sesuatu dan ALLAH tunjukkan sesuatu pasti akan ada kebaikan disebaliknya..bila ALLAH bagi ujian pada kita, kadang2 kita rasa macam dunia ni tak adil..kenapa masalah tu kena pada kita dan bukan pada orang lain..tapi sedarkah kita bahawa masih ramai lagi yang berdepan dengan ujian yang lebih hebat dari ujian yang ALLAH berikan pada kita?

ALLAH maha adil..DIA hanya akan berikan ujian pada hambanya yang terpilih..sebab hadirnya ujian pasti akan membuatkan kita sentiasa mengingatiNya dan berada dekat denganNya..yela, kalau kita sayangkan seseorang tu, kita pasti mahukan dia sentiasa berada disisi kita bukan? dan yang paling penting, betapa bertuahnya kalau kita dipilih untuk menjadi kekasih ALLAH.

Aku memang sangat percaya bahawa sesuatu perkara yang terjadi pasti bersebab dan pasti ada hikmah yang ALLAH dah tentukan disebaliknya..masa kita kecik2 dulu.. kalau kita demam, mak suruh makan ubat yang pahit tu? puas kita menangis, tak nak makan tak nak makan! tak sedap! kita cakap mak jahat..kita cakap mak tak sayang kita..tapi bila besar, kita dapat pikir sendiri kan apa yang mak buat tu semuanya untuk kebaikan kita? untuk kita sihat.

Aku sebenarnya pun sedang dilanda masalah..tapi apapun, aku bersyukur sangat2 sebab masalah yang aku hadapi sekarang ni diubati dengan adanya kawan-kawan di sekelilingku yang tak putus-putus memberi advice.. hehe

Setiap sesuatu yang berlaku pasti bersebab dan meninggalkan sebarang hikmah yang belum terluah nyata. Namun percayalah akan hikmah tersebut adalah suatu kebaikan bukanlah keburukan.. Ingat, Allah bayar cash, walaupun bukan sekarang, tapi insyaAllah di masa yang terdekat..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216). 

*see, ni la akibat orang yang tamak.. aku tak la kata apa, mungkin Allah nak bagi tunjuk dekat kau, jangan la tamak sangat.. tengok sekarang, kau terkurung dalam bilik tu dan tidak dapat join untuk lesen "eco diver'' tu.. tengok laaa..kan bagus kalau kau bagi aku ruang untuk ikut tu dulu..tidak la sampai aku tukar tajuk final year projek aku ni hah..  ini salah satu hint sudah ni.. ni baru satu Allah bagi tunjuk, beringat la kawan.. jangan ambil hak orang, tidak berkat tu.. renung-renungkan dan selamat menilai diri anda.. Assalamualaikum ~

No comments:

Post a Comment